Ahad, Jun 21, 2009

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PDK BISTARI

SEJARAH PENUBUHAN PDK BISTARI PPOKU DUN BENTA

PDK Bistari PPOKU DUN Benta telah ditubuhkan pada 27 Julai 2006. Kelas pertama di buka pada 21 Ogos 2006. PDK Bistari didaftarkan di bawah akta Jabatan Kebajikan Massyarakat (JKM) sebagai pusat yang menjalankan pemulihan, latihan dan pembangunan untuk pembelajaran orang kurang upaya. Selain JKM, PDK Bistari turut dibiayai oleh Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya (PPOKU) Negeri Pahang.

Objektif PDK

1. Menyediakan latihan dalam soal pemulihan untuk pelajar kurang upaya dengan belajar tindakan sesuai untuk pelajar kurang upaya dan kemahiran diri supaya pelajar kurang upaya dapat mengurus diri mereka tanpa bantuan orang lain.

2. Menyediakan pendedahan kepada masyarakat yang ada anak kurang upaya supaya menghantar anak-anak mereka mendaftar di Pejabat Kebajikan Masyarakat seterusnya mendaftar di PDK untuk mendapatkan latihan asas kendiri.

3. Menggalakkan komuniti setempat bersama PDK agar menyokong pembangunan latihan kendiri kepada golongan kurang upaya agar di masa akan datang golongan ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan negara.

Wawasan: Bertanggungjawab menjaga kebajikan orang kurang upaya
Misi : Membangunkan kualiti orang kurang upaya
Motto : Membimbing dengan ikhlas

Sabtu, Jun 20, 2009

PENUBUHAN BLOG RASMI PDK BISTARI PPOKU DUN BENTA



SABTU, 20.06.2009 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada blogger/pengunjung yang melawati laman blog rasmi PDK Bistari PPOKU DUN Benta dan ucapan terima kasih kepada Pengerusi PDK Bistari PPOKU DUN Benta, Dato' Setia Amar Segara Dato' Hj. Halim bin Hj. Ibrahim, Jawatankuasa PDK Bistari, Kakitangan PDK, Klinik Kesihatan Benta, Masyarakat Komuniti Benta dan seluruh masyarakat Benta dan luar Benta yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan segala program PDK Bistari dari awal penubuhan sehingga kini. Semoga Allah S.W.T akan membalas jasa baik sekalian. InsyaAllah dengan adanya blog rasmi ini akan memudahkan masyarakat mengetahui segala aktiviti yang dijalankan sama ada di dalam kelas PDK Bistari ataupun majlis di luar kelas PDK Bistari. Kami alu-alukan sebarang pertanyaan, komen, teguran, yang membina untuk memantapkan lagi pengisian laman blog rasmi PDK Bistari ini. Sekian, Wassalam.