Isnin, Ogos 17, 2009

LOGO RASMI PDK BISTARI PPOKU DUN BENTA


Tanggal 1 April 2009 (Rabu) Mesyuarat J/K PDK PPOKU DUN Benta Bil.2/2009 bertempat di Balai Raya Benta.Mensyuarat Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YH Dato' Setia Amar Segara Dato’ Hj Halim Bin Hj Ibrahim,selaku pengerusi PDK Bistari PPOKU DUN Benta.Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Pn.Suryani binti Mohamad selaku Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.Selain daripada itu pegawai-pegawai dari PKMD Lipis, Klinik Kesihatan Benta,Ibu Bapa dan pelatih-pelatih juga turut hadir bagi menyempurnakan lagi mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Di samping mesyuarat jawatankuasa tersebut, pelancaran Logo PDK Bistari PPOKU Dun Benta juga telah diadakan.Pelancaran Logo ini telah dirasmikan oleh YH Dato’ Setia Amar Segara Dato’ Hj Halim Bin Hj Ibrahim sendiri salaku pengerusi PDK Bistari PPOKU Dun Benta.

Logo PDK Bistari PPOKU Dun Benta ini telah dicipta dan diilhamkan khas oleh petugas PDK Bistari PPOKU Dun Benta sendiri iaitu Cik Dewi Suriani Binti Mohd Tahir.Beliau telah mengambil masa hanya 45 minit untuk mengilhamkan logo tersebut dengan idea-idea yang diilhamkan oleh beliau sendiri.


MAKSUD LOGO

SIMBOL / GAMBAR

BENTUK HATI : 4 hati bergabung/bersatu merangkumi bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain.

PAYUNG : Memberi perlindungan / melindungi kepada golongan Orang Kurang Upaya.

KERUSI RODA : Mewakili golongan Orang Kurang Upaya.

TANGAN : Sentiasa menerima dan membantu golongan yang memerlukan
pada bila-bila masa.

WARNA

1. BIRU : Melambangkan perpaduan
2. MERAH : Melambangkan keberanian dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan.
3. KUNING : Melambangan warna diraja ( umpama raja melindungi rakyat )
4. PUTIH : Melambangkan kesucian dan kebersihan hati.
5. UNGU : Melambangkan keperihatinan masyarakat tehadap golongan Orang Kurang Upaya.

KESIMPULAN:-

Wujudlah satu organisasi kebajikan yang saling berganding bahu untuk melindungi golongan Orang Kurang Upaya di bawah satu bumbung ( PDK )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan